Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...hanya padaMu Ya Rabb Daku bersyukur... terima kasih Ya Allah kerana telah aturkan takdirMu begini kpd diriku...sesungguhnya percaturanMu sngt hebat...Engkau talah hadirkn sesuatu yg tak disangka2...
Entah
angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan
sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Kehadiran seorang lelaki yang
menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah
hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Aku
menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu
membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana
aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.
Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan
bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki.
Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku
berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan
dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku
palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku.
Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan
Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan
dipandang”
Aku
tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu.
Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi
milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku
merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh
dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang
lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat
kuberikan...
Moga kurniaan Allah ini kepadaku kekal hingga akhir hayatku...22 Ogos 2012 / 4 Syawal 1433H menjadi suatu kenangan yang x dpt kulupakan...Aku bersyukur saat jari manisku disarungkan cincin tanda khitbah antara diriku dan dirimu...terasa bagai mimpi...namun itulah realiti yang x disangka2... Ya Allah satukanlah hati kami di JalanMu yang Kau Redhai...Peganglah hati2 kami agar kami sentiasa bersyukur diatas nikmatmu...Dan permudahkanlah urusan penyatuan 2 hati kami..Insyaallah
~Naluri
ingin menyayangi dan disayangi itu adalah normal untuk manusia yg normal :)
Tapi biarlah menyayangi dan disayangi yang membawa barakah kepada diri sendiri
dan org yg disayangi… Apalah gunanya diri disayangi andai jauh dari rahmatNya~
Untukmu...Terima Kasih krn telah memilih diriku yg serba kekurangan ini sdgkn ramai lg wanita yg baik2 di luar sana...ku nanti saat "Lafaz Sakinah" darimu...
Wallahua’lam...(^_^)
Untukmu...Terima Kasih krn telah memilih diriku yg serba kekurangan ini sdgkn ramai lg wanita yg baik2 di luar sana...ku nanti saat "Lafaz Sakinah" darimu...
Wallahua’lam...(^_^)