"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Membina ikatan persis membina sebuah
mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan,
dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang.
Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah
cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta,
saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah
menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan
keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan.
Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan
rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai
musnah berkecai.
Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya. Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama.
Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran
apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta.
Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.
Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis.
Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa
ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah
melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng
utuhnya rukun sebuah ikatan.
''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''
Ketahuilah wanita solehah,
bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan
tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata
Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.
Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah
bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar
berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi
tumbuh dahulu duri yang berbisa.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia
yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia
diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya
sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu.
Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai
merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman.
Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Menjadi pemimpin terulung
kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli
keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat
kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak
menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam
menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan
kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.
''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''
Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan. Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu.
Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil
membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan
hingga penghujungnya.
Membina ikatan persis membina
sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan,
dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang.
Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah
cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta,
saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah
menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan
keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan.
Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan
rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai
musnah berkecai.
Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya. Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama.
Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran
apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta.
Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.
Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis.
Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa
ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah
melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng
utuhnya rukun sebuah ikatan.
''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''
Ketahuilah wanita solehah,
bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan
tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata
Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.
Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah
bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar
berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi
tumbuh dahulu duri yang berbisa.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia
yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia
diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya
sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu.
Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai
merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman.
Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Menjadi pemimpin terulung
kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli
keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat
kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak
menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam
menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan
kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.
''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''
Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.
Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu.
Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil
membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan
hingga penghujungnya.
No comments:
Post a Comment